Sunday, October 6, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Fun Walk pelihara kesihatan mental, fizikal guru ugama

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Seramai kira-kira 300 orang guru ugama menyertai acara ‘Fun Walk’ yang diadakan di Taman Peranginan Kampong Parit, Pengkalan Batu awal pagi tadi.

    Matlamat acara berkenaan diadakan adalah bagi memupuk amalan gaya hidup yang sihat, mengeratkan lagi hubungan silaturahim dan perpaduan serta memelihara kesejahteraan mental dan fizikal para guru ugama, sekali gus menghargai jasa guru, Jabatan Pengajian Islam (JPI) melalui Jawatankuasa Pemimpin Sekolah-Sekolah Ugama Brunei IV (JKPSSU BR IV)

    Hadir selaku tetamu khas di acara tersebut ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah Kawasan Brunei IV, JPI, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Dayang Hajah Mu’izzah binti Kefli serta para pegawai dan guru-guru dari sekolah-sekolah Ugama Kawasan Brunei IV.

    Acara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Peliharakan Sultan oleh Cikgu Awang Haji Malek Faishal bin Haji Saili diikuti dengan ucapan daripada tetamu khas.

    Seterusnya ceramah kesihatan sempena Bulan Kesejahteraan Mental disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah, Bahagian Orang Kelainan Upaya (BOKU), Jabatan Pembangunan Masyarakat JAPEM, Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, Dayang Irnawati binti Haji Mahir.

    Acara tersebut juga diselitkan dengan cabutan nama bertuah dan sesi bergambar ramai.

     GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JPI

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda