Apa yang perlu anda tahu tentang klip dan fungsi cermin pada belakang (rear mirror) yang ada dalam kenderaan anda?
Kalau waktu siang, mesti anda selalu laras ikut kedudukan mata untuk lihat di belakang ada kenderaan atau tidak. Akan tetapi pada waktu malam? Oleh itu ramai yang tidak tahu tentang fungsi utama cermin ini sangat bermanfaat kepada pemandu khususnya pada waktu malam.
Selain itu, anda berkemungkinan tidak tahu bahawa terdapat suis kecil di tengah-tengah cermin pandang belakang itu di bahagian bawah?
Mengurangkan silau
Sebenarnya suis kecil itu berfungsi untuk mengurangkan silau cahaya dari kenderaan arah belakang. Tidak kiralah sama ada penggunaan cahaya itu pada kadar yang rendah, tinggi, lampu kabus dan limpah.
Bagaimanakah cara menggunakan?
Pada waktu biasa, suis cermin pandang belakang itu haruslah berada pada posisi ditolak ke belakang biar ia selaras dengan penglihatan anda. Jika anda memandu pada waktu malam, anda perlu menarik suis berkenaan ke hadapan agar permukaan cermin dapat dihalakan sedikit ke siling bumbung kereta.
Justeru, selepas ini anda tidak akan lagi berdepan dengan silau khususnya memandu pada waktu malam dan terkesan berikutan cahaya dari kenderaan belakang. – Agensi

