Fury juara heavyweight

LAS VAGES, 23 FEB – Tyson Fury sekali lagi melakarkan rekodnya tersendiri apabila sekali lagi menjadi juara heavyweight.

Peninju yang kenali dengan ‘The Gypsy King’ berjaya menumbangkan Deontay Wilder dua kali pada Sabtu malam lalu dalam perlawanan kejuaraan yang diadakan sekali lagi, di mana beliau melakukan serangan bertubi-tubi ke atas Wilder pada pusingan ketujuh perlawanan apabila tuala dijatuhkan dari sudut Wilder sebagai tanda menyerah.

Fury sebelum ini yang berdepan dengan pelbagai masalah, berjaya memenangi kejuaraan tersebut buat kali kedua, dan lebih mengejutkan, Wilder merupakan peninju yang hebat pada pertarungan yang pertama 14 bulan yang lalu. Fury berjaya menjatuhkan Wilder dalam pusingan ketiga dengan tumbukan tangan kanan yang seakan berjaya mengalahkan juara tersebut. Beliau kali ini sekali lagi berjaya menjatuhkan lawannya pada pusingan kelima dengan tumbukan tangan kiri menyasar bahagian badan Wilder.

Ini merupakan kekalahan pertama Wilder dalam 44 perlawanan, dan ini merupakan perlawanan ke-11 mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya pada tahun 2015.

“Walaupun yang terbaik pasti akan kalah dan akan bangkit,” Wilder berkata. “Saya tidak akan memberi sebarang alasan. Ini adalah maksud tinju yang sebenar.” Kedua-dua petinju masih di bawah kontrak untuk perlawanan ketiga, walaupun Wilder boleh menganggap dirinya sudah tewas.

Tetapi sekiranya perlawanan ketiga dilangsungkan, Fury pastinya akan mendapat keuntungan sebanyak 60-40 dengan jumlah pertaruhan. Fury mula melakukan serangan ke atas Wilder dari permulaan perlawanan, melakukan tumbukan untuk mengawal pusingan awal. Beliau memenangi keseluruhan pusingan di atas skor kad yang dan berjaya mengawal kedudukan sehingga akhir perlawanan.

“Beliau memberi saingan yang hebat dan menunjukkan jiwa seorang pemenang,” Fury berkata selepas perlawanan menentang Wilder. “Beliau seorang pejuang, beliau pasti bangkit semula, Beliau akan menjadi juara semula. Tetapi raja anda sudah kembali.”

Fury yang menambah berat badan menjadi 273 paun untuk persiapan perlawanan tersebut, berikrar untuk menukar taktik dan menitikberatkan tumbukan. Manakala buat Wilder, ini merupakan kekalahan yang mengejutkan dan menamatkan rekod tanpa kalahnya pada perlawanan yang disertainya.

Kedua-dua petinju akan menerima AS$5 juta dalam perlawanan semula tersebut tetapi mungkin juga mencecah AS$40 juta seorang. – AP

Reaksi peninju England, Tyson Fury, meraikan kemenangan selepas menewaskan Deontay Wilder dalam perlawanan Kejohanan WBC heavyweight Sabtu lalu. – AP