LOS ANGELES, 27 Feb – Tyson Fury memaklumkan Majlis Tinju Dunia (WBC) dia bercadang untuk menentang pesaing yang belum dinamakan sebelum mana–mana pertarungan bersama juara heavyweight Deontay Wilder, menurut WBC semalam.
WBC berkata dalam Twitter bahawa ia telah dimaklumkan oleh kem Fury bahawa petinju dari British itu merancang satu lagi pertarungan sebelum kembali ke gelanggang bersama Wilder.
Wilder dan Fury seri di Los Angeles pada Disember lalu selepas pertarungan epik 12 pusingan di Staples Center.
Pertarungan semula mereka adalah salah satu pertarungan yang dinanti-nantikan tahun ini berikutan pertemuan pertamanya mencetuskan semua perhatian terhadap divisyen heavyweight.
Bagaimanapun, keraguan terhadap kemungkinan pertarungan semula muncul minggu lalu apabila Fury menandatangani persetujuan bersama promoter AS, Top Rank dan ESPN, yang berpotensi menjejaskan perundingan bersama Wilder.
Semalam, WBC mengesahkan pasukan Fury telah memaklumkan bahawa mereka merancang untuk bertarung sekurang-kurangnya lagi satu pertarungan sebelum pertarungan semula dijadualkan.
“WBCBoxing telah menerima maklumat sebagai proses kami di mana Wilder mengesahkan kesediaannya untuk bertarung dalam pertarungan semula, Fury akan menentang seorang petinju lain dengan jangkaan akan melakukan pertarungan semula pada satu tarikh kemudian,” menurut WBC melalui Twitter.
WBC sebelumnya telah memberikan lampu hijau bagi pertarungan terus di antara Wilder dan Fury berikutan pertarungan 1 Disember lalu.
“Wilder dan Fury memberikan tinju salah satu pertarungan terbaik dalam divisyen heavyweight, yang mencipta permintaan popular bagi peminat untuk melihat pertarungan semula,” kata WBC Disember lalu. – AFP
