Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Futsal PB berentap di Pesta Sukan UiTM

    Oleh Siti Nur Wasimah S.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 Julai – Seramai 15 orang pelajar daripada Kelab Futsal Politeknik Brunei (PB) bersama dengan tiga orang pegawai pengiring pagi tadi berlepas ke Malaysia bagi menyertai kejohanan futsal bersempena Pesta Sukan Antarabangsa ke-13 UiTM 2018 (UiTM International Sports Fiesta).

    Rombongan yang diketuai oleh Pegawai Pusat Perkembangan dan Inovasi Pelajar, Mohd Farhan bin Haji Abdul Rahman selaku ketua rombongan akan berada di Malaysia sehingga Ahad ini dan kejohanan ini juga turut disertai oleh beberapa buah universiti dari negara lain seperti Sri Lanka, Indonesia dan banyak lagi.

    Beliau semasa ditemui menyatakan, mewakili Negara Brunei Darussalam bagi kejohanan ini ialah PB dan juga Universiti Brunei Darussalam (UBD).

    Pasukan daripada Kelab Futsal Politeknik Brunei bergambar ramai sebelum berlepas ke Malaysia.

    Menurutnya lagi, ini merupakan kali ketiga pasukan PB menyertai perlawanan di luar negara dan beliau berharap agar dengan penyertaan seumpama ini akan dapat memberikan pengalaman kepada para pelajar-pelajar khususnya para pemain kelab futsal.

    Sesi latihan mula diadakan selama empat kali bermula 25 Jun yang lalu dan Kelab Futsal PB telah mengharumkan namanya setelah berjaya menjadi johan Kejohanan Futsal IPT Brunei pada 29 Julai yang lalu.

    Diharap dengan usaha dan latihan serta komitmen berterusan, ianya akan membuahkan hasil positif sekali gus mengharumkan nama PB dan negara secara amnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda