Sunday, March 16, 2025
27.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    FX BNM diramal berkurangan

    KUALA LUMPUR, 28 APRIL – Rizab pertukaran asing (FX) Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka berkurangan dalam tempoh terdekat ini berikutan peningkatan dalam premium risiko yang disebabkan oleh pandemik COVID-19, kata Public Investment Bank Bhd (PIB).

    PIB berkata senario ini bukan hanya berlaku di Malaysia sahaja tetapi di seluruh ekonomi pasaran sedang pesat membangun (EME) tetapi lantunan semula dijangkakan sebaik sahaja ekonomi kembali beroperasi.

    “Walaupun pengurangan rizab FX telah dijangkakan, penurunannya tidak dijangka mendadak.
    “Kerajaan tidak dijangka menggunakan rizab FX untuk membiayai langkah rangsangan fiskal kerana lebih murah untuk meminjam memandangkan persekitaran kadar faedah rendah sekarang,” kata bank pelaburan itu dalam satu nota penyelidikan hari ini.

    Rizab FX turun sebanyak AS$1.7 bilion (AS$1=RM4.35) kepada AS$101.7 bilion pada Mac, penurunan berturut-turut dari Februari manakala dalam terma ringgit ia meningkat sebanyak RM16.8 bilion kepada RM440.1 bilion, yang terbaiknya sejak Disember 2013. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda