Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    G-7 gesa sekatan ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik

    OSAKA, 30 OKT – Menteri-menteri perdaga-ngan Kumpulan Tujuh (G-7) menggesa larangan import ke atas produk perikanan Jepun ditarik balik.

    Kenyataan bersama itu dilihat merujuk kepada sekatan perdagangan China yang dilaksanakan susulan tindak balas terhadap pelepasan air terawat dari loji tenaga nuklear Fukushima, lapor Jiji Press.

    Anggota G-7 berkata: “Kami menggesa supaya sebarang tindakan yang tidak perlu yang menyekat perdagangan dimansuhkan serta-merta, termasuk sekatan import yang dikenakan ke atas produk makanan Jepun.”

    Menteri-menteri berkenaan juga menyatakan kebimbangan mengenai peningkatan trend ekonomi paksaan apabila ada negara yang mengambil langkah mengenakan sekatan eksport dan import untuk memberi tekanan kepada rakan dagang. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...