Friday, April 25, 2025
31.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    G-Dragon didesak perjelas hubungan dengan Sana Twice

    Kemunculan penyanyi G-Dragon di konsert kumpulan Coldplay di Stadium Goyang, Seoul baru-baru ini mencuri perhatian netizen.

    Warganet dapat menghidu kemunculan G-Dragon, 37, itu disebabkan bagi memberi sokongan kepada salah seorang anggota kumpulan Twice iaitu Sana yang menjadi artis pembukaan konsert tersebut, menurut laporan mStar.

    Mana tidaknya, menerusi hantaran di Instastory, anggota kumpulan Big Bang itu hanya menandai akaun Instagram peribadi Sana ketika memuat naik video persembahan Twice.

    Tindakan kecil itu membuatkan peminat mula membuat andaian mereka berdua sedang berkawan rapat atau bercinta.

    Menyedari perbuatannya itu mula dihidu peminat, G-Dragon bertindak memadam hantaran tersebut tanpa memberikan apa-apa penjelasan kepada peminat.

    Tidak berpuas hati, peminat mahu G-Dragon tampil membuat penjelasan tentang hubungan sebenar mereka berdua.

    “Kenapa ‘tag’ Sana sahaja? Sedangkan semua ahli Twice pun di atas pentas sama.

     “G-Dragon dan Sana ada apa-apa hubungan istimewa ke?

    “Cepat buat kerja padam hantaran tersebut? Baik G-Dragon jelaskan hubungan sebenar mereka,” komen warganet.

    Ini bukan kali pertama G-Dragon terpalit gosip bercinta dengan artis.

    Sebelum ini antara selebriti yang digosipkan mempunyai hubungan istimewa dengan G-Dragon ialah Han So Hee, Jennie (Blackpink), dan Kiko Mizuhara. – Agensi

    G-Dragon didakwa ada hubungan istimewa dengan Sana. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda