Saturday, July 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    G-Dragon dilantik duta kehormat sidang kemuncak APEC

    Bintang K-pop terkenal, G-Dragon dilantik sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) yang akan berlangsung di Gyeongju pada Oktober ini, umum Perdana Menteri Korea Selatan, Kim Min-seok.

    Kim mengumumkan pelantikan itu menerusi laman Facebook rasminya dan menyifatkan G-Dragon sebagai ‘artis terkemuka Korea Selatan’ yang sentiasa menunjukkan kreativiti dan inovasi, lapor Yonhap.

    “Dengan berbaki 100 hari sebelum sidang kemuncak, nantikan sinergi antara G-Dragon dan APEC!” menurut hantaran itu.

    Kim kini mempengerusikan jawatankuasa persiapan bagi acara berkenaan.

    Sidang kemuncak tahunan itu dijadual diadakan pada 31 Oktober di bandar Gyeongju, tenggara Korea Selatan dengan penyertaan pemimpin daripada 21 ekonomi anggota APEC. – Bernama

    G-Dragon bakal tampil sebagai Duta Kehormat bagi Sidang Kemuncak APEC pada Oktober nanti. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda