Monday, May 12, 2025
29.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    G-Dragon selamba pakai jubah mandi di tempat awam

    Bukan sekadar aksi lincah di atas pentas, penampilan penyanyi G-Dragon juga sering menjadi tumpuan dan ikutan ramai peminat.

    Sekali lagi penyanyi itu mencipta fenomena apabila dia berani tampil memakai jubah mandi ketika berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo, Seoul, Korea Selatan pada Khamis.

    Di sebalik keunikan tersebut, ada juga yang meluahkan rasa kurang senang sehingga melabelkan penyanyi itu tidak waras.

    “Mungkin dia (G-Dragon) mengalami tekanan perasaan. Orang yang bahagia tidak akan keluar dengan pakaian seperti itu. Mungkin juga ini salah satu tanda keadaan mentalnya tidak baik.

    “Suka cari perhatian, jangan menakutkan orang. Dah macam orang mabuk,” komen warganet.

    Menerusi beberapa rakaman, dia dilihat memakai jubah mandi berwarna merah bersama baju rona hitam dan jeans biru di bahagian dalam.

    Memetik laporan mStar, dipercayai imej tersebut juga sebagai salah satu langkah mempromosikan album terbaharunya berjudul Ubermesch yang jelas tertulis pada topi dipakainya.

    Sebelum ini fesyen memakai skarf kepala ketika lapangan terbang yang pernah digayakan oleh G-Dragon juga menjadi bualan ramai. – Agensi

    G-Dragon dilihat tampil dengan fesyen jubah mandi ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda

    Tidak sengaja