Thursday, November 30, 2023
25.8 C
Brunei

    -

    G-Dragon tidak tahu dipanggil polis

    Penyanyi G-Dragon menegaskan dia tidak pernah menerima panggilan daripada pihak polis untuk menjalani siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan dadah.

    Malah menurut G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, dia hanya mengetahui isu tersebut apabila nama mula menjadi bualan ramai.

    “Saya tidak pernah dipanggil oleh pihak polis,” katanya ringkas dalam satu temu bual.

    Sementara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakil peguam, pihaknya menafikan bekas anggota Big Bang itu mengambil barang terlarang seperti yang didakwa.

    Dalam masa sama, G-Dragon juga sedia memberi kerjasama dengan pihak polis untuk melakukan siasatan.

    Penyanyi itu turut berharap kes ini dapat diselesaikan dengan segera sekali gus membuktikan namanya tidak bersalah.

    “Cerita G-Dragon mengambil dadah adalah tidak benar. Dia secara terbuka mahu hadir ke balai polis bagi menjalani siasatan dan jadual urusan tersebut masih dalam perbincangan.

    “G-Dragon sedia menjalani ujian air kencing. Dia mahu selesaikan kes ini dengan segera bagi mendapatkan kebenaran,” jelas kenyataan itu. – Agensi

    G-Dragon mahu segera buktikan dia tidak bersalah. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China gesa gencatan senjata menyeluruh segera

    BEIJING, 30 NOV - China hari ini menggesa ‘gencatan senjata kemanusiaan yang berterusan’ dalam konflik Israel-Hamas dalam kertas jawatan yang dikeluarkan oleh kementerian luarnya. "Pihak-pihak...