Thursday, October 5, 2023
27.6 C
Brunei

    -

    G20 bersidang tanpa Xi, Putin

    NEW DELHI, 8 SEPT – Pemimpin-pemimpin G20 mula tiba di New Delhi hari ini, dengan harapan untuk membuat kemajuan dalam perdagangan, iklim dan pelbagai masalah global yang lain walaupun Presiden China dan Rusia tidak hadir dalam sidang kemuncak itu.

    G20 diwujudkan semasa krisis kewangan 2008 sebagai cara menguruskan ekonomi global.

    Tetapi ketika pesawat presiden dan perdana menteri mula mendarat di ibu negara India, ketiadaan Xi Jinping dari China menimbulkan persoalan tentang apa yang masih boleh disepakati oleh kumpulan yang berbeza ini.

    Ketika sidang kemuncak itu dijangka bermula, para pegawai masih belum mencapai tugas rutin yang biasa dalam meredakan perselisihan dan menyelesaikan kenyataan bersama untuk pemimpin-pemimpin menandatangani.

    Tiada alasan rasmi telah diberikan bagi ketidakhadiran Xi, tetapi China secara terbuka telah menyatakan hasratnya untuk menggulingkan kumpulan-kumpulan yang diketuai oleh Amerika Syarikat seperti G20 dan menggantikannya dengan sesuatu yang lebih sesuai dengan kepentingan Beijing. Xi sebaliknya akan menerima kunjungan daripada pemimpin Venezuela dan Zambia di Beijing.

    Tuduhan penghinaan diplomatik dan jenayah perang juga membuatkan pemimpin Rusia, Vladimir Putin tidak hadir, walaupun Moscow terus menekan sekutu untuk mengurangkan kecaman antarabangsa terhadap pencerobohannya ke atas Ukraine.

    “Sekali lagi, Vladimir Putin gagal untuk muncul di G20,” kata Perdana Menteri Britain, Rishi Sunak. – AFP

    Presiden Joe Biden menaiki Air Force One di Pangkalan Tentera Udara Andrews, Maryland untuk menghadiri sidang kemuncak G20 di New Delhi. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Iran ketatkan kawalan ke atas sekolah antarabangsa

    TEHRAN, 4 OKT - Ia merupakan permulaan penggal baharu di Iran tetapi tahun ini ia menyayat hati bagi pelajar di sekolah antarabangsa selepas keputusan...