ROM, 31 OKT – Pemimpin-pemimpin negara G20 berkumpul bagi hari kedua sidang kemuncak di Rom hari ini, dengan tumpuan mengenai sama ada mereka mampu mencapai komitmen perubahan iklim menjelang rundingan Kesatuan Eropah (EU).
Negara ekonomi G20 bertanggungjawab hampir 80 peratus pelepasan karbon dan berjanji akan membuat tindakan yang sangat diperlukan untuk rundingan iklim COP26 yang akan dimulakan di Glasgow pada Ahad depan.
Namun draf kenyataan menyatakan mereka gagal memenuhi ikrar mereka untuk mengekalkan kepanasan global pada tahap 1.5 darjah Celsius melepasi paras pra industri atau tempoh masa yang lebih jelas mengenai bagaimana untuk mencapai sifar pelepasan.
Pakar berkata mencapai sasaran 1.5 darjah Celsius, matlamat yang sangat bercita-cita dalam perjanjian iklim Paris 2015, bermakna mengurangkan pelepasan global hampir separuh menjelang 2030 dan ‘sifar-bersih’ pada 2050.
Walau bagaimanapun, sebahagian aktivis meluahkan harapan sebarang peningkatan akan dibuat di hadapan hampir 200 orang pemimpin, termasuk sebahagian besar yang berada di Rom akan terbang ke Scotland.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden antara yang mendesak tindakan di Rom, meski pun dasar iklimnya mencetuskan perbalahan di kalangan partinya sendiri.
Pegawai kanan AS berkata kenyataan akhir G20 ‘masih dalam rundingan’, menambah sidang kemuncak Rom adalah mengenai ‘membantu membina momentum’ sebelum Glasgow.
Pegawai tersebut meluahkan harapan sidang kemuncak akan komited ‘untuk menamatkan pembiayaan arang batu ke negara sebarang laut’, menawarkan ‘tindakan positif’ mengenai pengurangan karbon di sektor tenaga dan beberapa buah negara akan menyertai sasaran pengurangan metana. – AFP
