Friday, April 26, 2024
29.2 C
Brunei

    -

    G20 sedia tangani krisis global

    JAKARTA, 14 NOV – Para pemimpin dan wakil dunia termasuk Presiden AS, Joe Biden dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan tiba di Bali, Indonesia untuk menghadiri Sidang Kemuncak G20 selama dua hari mulai esok.

    Pemimpin lain yang menyertai mesyuarat berprofil tinggi ini termasuk Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida dan Perdana Menteri UK, Rishi Sunak serta Presiden Korea Selatan, Yoon Suk-yeol.

    Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov dan Menteri Luar Brazil, Carlos França masing-masing akan mewakili Presiden Vladimir Putin dan Presiden Jair Bolsonaro, dengan tumpuan kini beralih ke pulau percutian itu. Sidang Kemuncak G20 di bawah kepimpinan Indonesia sebagai presiden buat pertama kali dengan tema, ‘Pulih Bersama, Pulih Lebih Kuat’, dijangka menghasilkan Deklarasi Pemimpin untuk menyokong percepatan pemulihan dunia.

    Pemimpin akan menangani isu utama berkaitan ekonomi global, termasuk kestabilan kewangan antarabangsa, mitigasi perubahan iklim dan pembangunan mampan. Menteri Luar Indonesia berkata negara itu memain peranan dalam mengurus dinamik global semasa yang luar biasa dan mengakui “kepresidenan G20 tahun ini mungkin merupakan jawatan presiden yang paling sukar.”

    Dalam taklimat bulan lepas, Retno Marsudi menekankan pandemik COVID-19 dan perang di Ukraine masih belum berakhir, manakala ketegangan geopolitik semakin meningkat, dan terdapat krisis makanan, tenaga dan kewangan.

    Namun sebagai tuan rumah, beliau berkata Indonesia akan memastikan pertemuan 19 ekonomi utama dunia itu kekal pada landasan yang betul untuk mencapai objektifnya.

    Siri mesyuarat sidang kemuncak itu berlangsung di beberapa lokasi, seperti Apurva Kempinski, Taman Budaya Garuda Wisnu Kencana dan Tahura Ngurah Rai Mangrove.

    Negara anggota, dengan penglibatan negara jemputan dan organisasi antarabangsa, memain peranan penting dalam menyediakan cadangan dasar dalam bertindak balas terhadap krisis global. – Bernama

    Presiden AS, Joe Biden semasa pertemuan dengan Presiden China, Xi Jinping di samping mesyuarat sidang kemuncak G20 hari ini di Bali, Indonesia – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...