MONTREAL, 29 Mac – Negara-negara G7 telah bersetuju dengan ‘wawasan serupa’ bagi pembangunan kecerdasan buatan (AI), menurut seorang menteri Kanada semalam.
Para pegawai telah mengadakan pertemuan di Montreal bagi satu forum pekerjaan dan inovasi menjelang kemuncak negara-negara industri G7 yang akan dihoskan oleh Kanada bermula 8 hingga 9 Jun depan di La Malbaie, Quebec.
“Menteri-menteri inovasi G7 telah bersetuju ke atas beberapa pendekatan yang serupa tentang kecerdasan dan senarai amalan-amalan terbaik,” ujar Menteri Pembangunan Sosial Kanada Jean-Yves Duclos pada sidang media di penghujung pertemuan.
Ini termasuk ‘wawasan bersama bagi manusia yang berpusatkan AI,” menurut satu kenyataan bersama. Duclos turut menyatakan kekhuatirannya, termasuk di sekitar meja rundingan G7, telah menyuarakan kebimbangannya terhadap kecurian dan penyalahgunaan data peribadi dalam media sosial Facebook.
Pemberi maklumat Kanada Christopher Wylie baru-baru ini telah mendedahkan berjuta-juta data pengguna Facebook telah dikutip oleh sebuah firma di Britain yang mempunyai hubungan dengan kempen presiden Donald Trump 2016 tanpa pengetahuan para pengguna.
“Dengan kelajuan data yang tersedia dan penggunaan yang semakin meningkat, telah mewujudkan satu potensi terhadap tumpuan maklumat, yang boleh mengakibatkan kehilangan terhadap kawalan dan pemilikan data peribadi,” kata Duclos.
Data adalah asas kepada AI kerana ia membolehkan komputer untuk membangunkan ‘kecerdasannya’ sendiri melalui satu proses yang dikenali sebagai mesin pembelajaran atau pembelajaran mendalam.
Sementara itu, negara-negara G7 harus memastikan industri AI yang baharu tumbuh ‘membawa masyarakat dan ekonomi kita kepada manfaat yang paling utama pada tahun-tahun akan datang’ di samping melindungi hak peribadi, tambahnya. – AFP