MUNSTER, JERMAN, 4 NOV – Kumpulan G7 mahu Rusia melanjutkan perjanjian untuk membenarkan penghantaran bijirin yang selamat dari Ukraine, kata pegawai kanan Jabatan Negara Amerika Syarikat (AS) pada rundingan di Jerman hari ini.
“Semua orang bersetuju mengenai keperluan untuk melanjutkan inisiatif bijirin Laut Hitam,” kata pegawai itu.
Diplomat tertinggi G7 berada di barat bandar Jerman Muenster untuk rundingan dua hari, dengan peperangan di Ukraine menjadi agenda utama perbincangan. Kelab negara-negara ‘menghargai usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk memujuk Rusia supaya melanjutkan perjanjian bijirin,’ kata pegawai.
Penghantaran bijirin dari Ukraine diteruskan semalam selepas Rusia kembali kepada perjanjian yang membenarkan penghantaran selamat berikutan tekanan dari seluruh dunia.
Namun Moscow berkata ia masih belum memutuskan sama ada akan melanjutkan perjanjian bijirin selepas 19 November – tarikh pembaharuan yang ditulis dalam perjanjian asal yang dibroker oleh PBB dan Turkiye untuk menangani krisis makanan global.
Menteri-menteri G7 berjanji akan membekalkan pakej bantuan musim sejuk termasuk penjana, pemanas, rumah kontena, khemah, katil dan selimut. – AFP
