Friday, March 28, 2025
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    G7 janji bantu tangani kebakaran Amazon

    BIARRITZ, PERANCIS, 26 OGOS – G7 telah bersetuju untuk membelanjakan 20 juta euro (AS$22 juta) ke atas Amazon, terutamanya untuk menghantar pesawat udara bagi memadam kebakaran besar yang memusnahkan sebahagian hutan hujan terbesar di dunia, umum presiden Perancis dan Chile hari ini.

    Kelab G7 – Britain, Kanada, Perancis, Jerman, Itali dan Jepun serta Amerika Syarikat (AS) – juga bersetuju untuk menyokong pelan penghutanan semula jangka sederhana yang akan didedahkan di PBB pada September, kata Emmanuel Macron dan Sebastian Pinera, pemimpin Chile pada sidang kemuncak G7 di barat daya Perancis.

    Brazil perlu bersetuju kepada mana-mana rancangan penghutanan semula, ketika komuniti puak asli tinggal di Amazon. – AFP

    Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kanan) dan Sebastian Pinera bercakap semasa sidang media bersama menumpu pada isu iklim di Biarritz pada 26 Ogos. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda