Sabtu, 22 November 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    G7 perlu ‘bertindak balas’ terhadap serangan Iran

    CAPRI, 18 APRIL – G7 mesti bertindak balas terhadap serangan Iran ke atas Israel, kata menteri luar Jerman hari ini, sambil menambah bahawa langkah-langkah sedang dibincangkan dengan rakan sejawatannya pada mesyuarat di Itali.

    “Kami juga membincangkan langkah lanjut di sini di G7, kerana sudah tentu mesti ada tindak balas terhadap insiden yang tidak pernah berlaku sebelum ini,” kata Annalena Baerbock kepada pemberita di pulau Capri.

    Bagaimanapun, beliau menambah ‘sepatutnya tidak ada peningkatan lanjut di rantau ini, yang hanya akan membawa maut kepada rakyatnya.’

    Negara-negara G7 yang terdiri daripada Perancis, Jerman, Itali, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada dan Jepun dijangka menggesa sekatan individu terhadap mereka yang terlibat dalam rantaian bekalan peluru berpandu Iran, menurut sumber diplomatik Itali.

    Pemimpin Kesatuan Eropah (EU) kelmarin bersetuju untuk mengenakan sekatan baharu ke atas dron dan pengeluar peluru berpandu Iran dalam serangan hujung minggu, yang tidak membawa kerosakan besar selepas kebanyakan peluru dipintas.

    ‘Kami perlu menyemak sistem ‘sekatan’ untuk memperluaskannya dan menjadikannya lebih cekap, beritahu Ketua Dasar Luar EU, Josep Borrell, yang turut dijemput ke Capri, kepada pemberita hari ini. – AFP

    Menteri-menteri luar mengadakan pertemuan pada hari kedua mesyuarat menteri luar G7 di pulau Capri, Itali pada 18 April. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda