Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    G7 rancang infrastruktur global AS$600b

    ISTANA ELMAU, JERMAN, 27 JUN – Kumpulan Tujuh (G7) kelmarin telah mengumumkan percubaan untuk bersaing dengan Inisiatif Jalur dan Laluan China dengan mengumpul kira-kira AS$600 bilion untuk program infrastruktur global di negara-negara yang miskin.

    Perkongsian bagi Infrastruktur dan Pelaburan Global, yang diumumkan dengan sambutan hangat oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan sekutu G7 dari Kanada, Jerman, Itali, Jepun dan Kesatuan Eropah itu adalah bertujuan untuk mengisi jurang besar yang ditinggalkan ketika komunis China menggunakan pengaruh ekonomi-nya untuk merenggangkan diplomatik dunia.

    Semasa pertemuan sidang itu, Biden berkata bahawa sasarannya ialah supaya AS menghulurkan AS$200 bilion sebagai pendahuluan, dengan selebihnya diikuti oleh G7 dengan AS$400 bilion lagi menjelang 2027.

    “Untuk membiayai jenis projek yang dikuasai seperti China pada masa ini, segala-galanya dibangunkan daripada kemudahan jalan raya ke pelabuhan di seluruh dunia dan ia bukanlah suatu tindakan bantuan atau amal,” kata Biden.

    Pada masa yang sama, Biden menekankan mengenai pemikiran geostrategik di sebalik rancangan itu dan berkata, projek sedemikian ‘memberi pulangan untuk semua orang, termasuk rakyat Amerika dan rakyat seluruh negara G7’.

    Dalam pada itu, peranan saingan demokratik China di seluruh dunia juga adalah ‘peluang untuk kita berkongsi visi positif kita untuk masa hadapan dan bagi negara lain untuk ‘melihat sendiri faedah konkrit bekerjasama dengan negara demokrasi’, tambahnya lagi. – AFP

    Presiden AS, Joe Biden berucap pada sidang akhbar semasa Sidang Kemuncak G7 di Elmau Castle, selatan Jerman, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...