GA-ASI, HAF jalin kerjasama demonstrasi penerbangan

SAN DIEGO & LARISSA AIR BASE, GREECE, 12 NOV – General Atomics Aeronautical Systems, Inc. (GA-ASI), sebuah pemimpin dunia di dalam Pesawat Terbang Kawalan Jauh (RPA), hari ini mengumumkan bahawa mereka sedang bekerjasama dengan Hellenic Air Force (HAF) di Greece untuk mengadakan satu siri penerbangan demonstrasi bagi negara-negara Eropah pada Disember.

Penerbangan akan berpusat di tapak HAF di Larissa dan menggunakan sebuah RPA GA-ASI MQ-9 Guardian untuk mempamerkan keupayaan pemantauan maritim, serta sebuah sistem Kesan dan Elak (DAA) yang dibangunkan oleh GA-ASI yang membolehkan RPA untuk terbang dengan selamat dalam ruang udara awam di sisi pesawat yang dikendalikan juruterbang.

“Kami menghargai sokongan HAF dalam membantu mempamerkan keupayaan pemantauan maritim dan integrasi ruang udara awam bagi pesawat-pesawat tanpa juruterbang kami di Eropah,” kata Linden Blue, Ketua Pegawai Eksekutif, GA-ASI. – Bernama