Tuesday, December 31, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabas: Nasib baik ia tidak serius

    LONDON, 8 Feb – Pengadil dari Perancis, Arnaud Gabas berkata dia bernasib baik untuk menghindarkan kecederaan serius selepas mukanya terkena bola yang dipukul oleh Denis Shapovalov dari Kanada.

    Shapovalov, 17, memberikan kemenangan kepada Britain dalam pertandingan Piala Davis apabila dia disingkirkan ketika menentang Kyle Edmund pada Ahad lalu kerana memukul bola dalam kekecewaan dan secara tidak sengaja mengenai sekitar mata Gabas.

    Gabas dikejarkan ke hospital di Ottawa sebagai tindakan berjaga-jaga selepas mengalami bengkak di mata kirinya.

    Tiada kecederaan serius ditemui, tetapi Gabas menegaskan insiden itu mungkin lebih teruk lagi.

    “Saya keluar dari gelanggang kelihatan seperti Rocky Balbao,” Gabas yang dipetik sebagai berkata oleh Sky Sports.

    “Video itu begitu mengejutkan. Kami telah mengelakkan beberapa biji bola dalam musim ini tetapi dalam kedudukan ini saya tidak berpeluang.

    “Saya bernasib baik, ia tidak teruk. Para pemain boleh menjadi sedikit gila pada masa kini. “Saya boleh melihat dia merasa marah dan ada sesuatu yang akan terjadi tetapi saya tidak pernah terfikir dia menyasarkan saya.”

    Persekutuan Tenis Antarabangsa mendenda Shapovalov AS$7,000 (6,500 euro), berbanding denda maksimum AS$10,000 selepas mengakui dia tidak segaja menyasarkan Gabas selepas memukul bola di gelanggang luar dalam kemarahan kerana kehilangan mata.

    Gabas berkata Shapovalov kelahiran Israel, juara junior Wimbledon, memohon maaf bagi tindakan itu. “Dia kesal dan terkejut ketika dia datang memohon maaf,” katanya. “Pada ketika ini saya dalam keadaan baik, saya terpaksa memakan penahan sakit tetapi mempunyai temu janji untuk berjumpa pakar selepas saya pulang.” – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda