Tuesday, September 24, 2024
22.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabbia tamatkan derita AC Milan

    MILAN, 23 SEPT – Matteo Gabbia memimpin AC Milan meraih kemenangan lewat 2-1 ke atas Inter Milan pada pertembungan ‘Derby della Madonnina’ kelmarin dengan tandukan kencang manakala AS Roma membenam Udinese 3-0 ketika peminat membantah pemecatan mengejut jurulatih Daniele De Rossi.

    Pemain pertahanan Gabbia melonjak tinggi untuk menanduk masuk sepakan percuma Tijjani Reijnders pada minit ke-89 sekali gus memberikan Milan kemenangan kedua dalam Serie A selepas permulaan hambar.

    Pasukan kendalian Paulo Fonseca menyertai Inter dengan lapan mata di tangga ketujuh hasil jaringan lewat Gabbia, yang hadir selepas Federico Dimarco menyamakan kedudukan individu cemerlang Christian Pulisic pada minit ke-10.

    “Mereka bermain dengan penuh semangat hari ini dan saya fikir kami berhak menang, saya tidak ingat pasukan lain yang menimbulkan terlalu banyak masalah buat Inter seperti yang kami lakukan hari ini,” kata Fonseca kepada DAZN.

    Kemenangan Milan mengakhiri rekod enam kemenangan berturut-turut Inter dalam pertembungan derby itu sekali gus menyekat musuh mereka daripada merampas semula tangga teratas Serie A menerusi perbezaan gol di depan pendahulu mengejut Torino.

    “Mereka pasukan yang bagus malam ini, kami tidak beraksi sebagai satu pasukan dan ia bukannya sesuatu yang awda biasa perkatakan mengenai kami,” kata jurulatih Inter, Simone Inzaghi.

    Milan dicemuh dan diherdik di luar padang selepas tumpas di tangan Liverpool minggu lalu tetapi peminat kembali memberikan sokongan selepas satu aksi mantap sebagai pasukan lawan di San Siro.

    Mereka berhak menang selepas mencipta peluang terbaik untuk memenangi perlawanan pada separuh masa kedua dan hampir dinafikan tiga mata dengan persembahan baik daripada penjaga gol Inter, Yann Sommer. – AFP

    Aksi pemain Inter Milan, Federico Dimarco menendang bola semasa perlawanan antara Inter dan AC Milan di stadium San Siro di Milan, pada 22 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda