Monday, May 29, 2023
24.3 C
Brunei

    -

    Gabenor Florida kemukakan pencalonan jawatan presiden

    MOSCOW, 18 MEI – Gabenor Florida, Ron DeSantis, 44, dijadual melancarkan kempen presidennya 2024 minggu depan, sementara penyumbang kepada kempen beliau memulakan usaha mengumpul dana secara aktif, lapor Sputnik memetik The Wall Street Journal pada hari ini.

    Keputusan DeSantis untuk mengemukakan dokumen rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan Amerika Syarikat bagi menyatakan pencalonannya, menempatkan gabenor itu dalam persaingan langsung dengan calon presiden lain, termasuk bekas presiden Amerika Syarikat Donald Trump.

    Menurut tinjauan pendapat DeSantis berada di tempat kedua selepas Trump, tetapi kedudukan itu dijangka berubah selepas beliau menjadi calon presiden secara rasmi, lapor media. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China sedia hantar orang awam pertama ke angkasa lepas

    CHINA, 29 MEI - China akan menghantar angkasawan awam pertamanya ke angkasa lepas sebagai sebahagian daripada misi kru ke stesen angkasa Tiangong, esok, ketika...
    - Advertisment -