Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabenor Rusia letak jawatan

    MOSCOW, 1 April – Gabenor wilayah Rusia di mana lokasi kebakaran besar pusat membeli belah yang mengakibatkan puluhan orang terkorban dan sebahagian besarnya adalah kanak-kanak telah telah meletak jawatan semalam selepas mendapat kritikan mengenai respons yang diberikan selepas tragedi tersebut.

    Aman Tuleyev yang telah memegang kuasa wilayah yang terkenal dengan perlombongan arang sejak 1997 itu berkata melalui video bahawa dia tidak akan lagi memegang jawatan dengan ‘tanggungan yang sangat berat’ dan peletakan jawatan ini adalah ‘pilihan yang tepat’.

    Menurut The Kremlin, Presiden Vladimir Putin telah menerima peletakan jawatan tersebut.

    Langkah yang dibuat oleh Tuleyev sebagai pegawai tertinggi di Rusia itu jarang sekali berlaku apabila peletakan jawatan ini adalah kerana gagal memberi respon cepat terhadap tragedi yang membawa maut itu.

    Kebakaran besar yang memusnahkan pusat membeli belah di bandar perindustrian Kemerovo pada Ahad lalu itu mengorbankan kira-kira 64 orang termasuk 41 orang kanak-kanak sekali gus mengejutkan Rusia.

    Beberapa orang ibu bapa kehilangan nyawa anak mereka dan mangsa yang paling muda adalah dua tahun.

    Sebahagian besar orang awam yang kehilangan ahli keluarga berkata mereka terkorban kerana kelewatan pihak bomba dan pihak polis yang kekurangan kelengkapan sementara pintu pawagam terkunci yang mengakibatkan kanak-kanak terperangkap di dalam.

    Tuleyev yang juga kehilangan ahli keluarganya semasa tragedi kebakaran itu berdepan dengan kritikan kerana gagal untuk melawat ke tempat kejadian dalam beberapa hari selepas kejadian itu berlaku atau berjumpa dengan ahli keluarga mangsa.

    Putin telah menolak untuk memecat gabenor yang berusia 73 tahun itu walaupun bantahan berlaku yang menyaksikan ribuan orang berkumpulan di perkarangan di Kemerovo pada Selasa lalu dan hari yang sama Putin berkunjung ke tempat kejadian.

    Tuleyev memohon maaf kepada presiden atas perhimpunan itu di mana para pembantah menyeru untuk Putin meletak jawatan dan menyifatkan penganjur adalah menjadi punca utama. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda