Saturday, January 11, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabriel Attal dipilih jadi PM Perancis

    PARIS, 9 JAN – Pemimpin Perancis, Emmanuel Macron hari ini memilih Gabriel Attal sebagai perdana menteri (PM) dalam usaha untuk memberikan momentum baharu kepada jawatan presidennya, dengan lelaki berusia 34 tahun itu menjadi ketua kerajaan termuda di Perancis.

    Selepas spekulasi beberapa hari, Macron pada petang Isnin menerima peletakan jawatan Elisabeth Borne, 62, yang berundur bersama dengan seluruh kabinet selepas berkhidmat kurang daripada dua tahun.

    Rombakan itu berlaku menjelang Sukan Olimpik di Paris dan pilihan raya parlimen Eropah pada musim panas ini, di mana parti berhaluan tengah pimpinan Macron berisiko tewas di tangan parti sayap kanan jauh di bawah pimpinan Marine Le Pen.

    Rombakan kabinet yang lebih meluas dijangka berlaku minggu ini ketika Macron berusaha untuk memperkasakan pasukannya untuk tiga tahun terakhir jawatan presidennya.

    “Presiden republik itu telah melantik Gabriel Attal sebagai PM, dan menugaskan beliau untuk membentuk kerajaan,” kata kenyataan presiden.

    Attal dijangka membawa perubahan besar ke pejabat PM berbanding Borne, wanita kedua yang memimpin kerajaan Perancis.

    Sikap Borne yang serius dan tegas mendapat penghormatan daripada rakan sekerja tetapi tidak semestinya mendapat populariti daripada orang ramai, manakala Attal merupakan tokoh paling popular dalam kerajaan selepas memainkan peranan yang penting dari segi politik di kementerian pendidikan.

    Mengesahkan peralihan tersebut di X, presiden berkata beliau mahu PM baharu mengembalikan semangat perubahan berani dari zaman Macron pertama kali memenangi jawatan atas gelombang harapan untuk pembaharuan radikal pada 2017. – AFP

    Attal berjalan keluar selepas mesyuarat kabinet mingguan di Istana Elysee, Paris, pada 11 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda