Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabriel selamatkan Man City

    MIDDLESBROUGH, United Kingdom, 1 Mei – Tandukan menerusi Gabriel Jesus lima minit sebelum tamat perlawanan menyaksikan Manchester City terikat seri 2-2 di Middlesbrough semalam ketika pasukannya terus kekal dalam pemburuan merebut tempat dalam Liga Juara-Juara.

    City dua kali bangkit dari belakang menentang pasukan Boro yang mungkin akan disingkirkan ke divisyen dua selepas perlawanan Liga Perdana seterusnya.

    Tetapi cara kelab timur laut itu menyaingi pasukan kendalian Pep Guardiola menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menyerahkan status kelompok teratas mereka tanpa perjuangan.

    Bekas penyerang City, Alvaro Negredo meletakkan Boro di depan tujuh minit sebelum separuh masa pertama berakhir di Riverside, namun menyaksikan Sergio Aguero menyudahkan sepakan penalti kontroversi dengan perlawanan berbaki 21 minit apabila Leroy Sane dijatuhkan selepas cabaran dari Marten de Roon.

    Gabriel Jesus (kiri) dari Manchester City dan pemain Boro, Ben Gibson cuba menguasai bola dalam persaingan Liga Perdana di Stadium Riverside. perlawanan berkesudahan seri 2-2. – AP
    Gabriel Jesus (kiri) dari Manchester City dan pemain Boro, Ben Gibson cuba menguasai bola dalam persaingan Liga Perdana di Stadium Riverside. perlawanan berkesudahan seri 2-2. – AP

    Tetapi Middlesbrough bangkit dan mengekalkan pendahuluan apabila Calum Chambers, yang dalam pinjaman dari Arsenal, menjaringkan gol pertamanya bagi kelab itu pada minit ke-77.

    Bagaimanapun, masih terdapat masa bagi Jesus untuk memberikan City keputusan seri, yang mengekalkan mereka di tangga keempat dan slot terakhir Liga Juara-Juara yang ditawarkan kepada kelab-kelab Inggeris, kelebihan satu mata di depan pesaing Manchester United, yang masih kekal di tangga kelima selepas seri 1-1 di gelanggang sendiri menentang Swansea awal semalam.

    Kedua-dua pasukan Manchester memiliki baki empat perlawanan musim ini.

    Manchester City boleh mengharapkan bagi tiga perlawanan berturut-turut di gelanggang sendiri selepas melakukan yang secukupnya untuk terus kekal dalam laluan ke Liga Juara-Juara musim depan. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda