Tuesday, May 13, 2025
25 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabung syarikat jana pendapatan besar

    BEIJING, 29 Nov – Dua perusahaan milik kerajaan China (SOEs) telah bergabung menjadi satu konglomerat tenaga dengan aset berjumlah 1.8 trilion yuan.

    Syarikat baru itu, China Energy Corporation, telah menjadi syarikat terbesar di dunia dalam perlombongan arang batu, tenaga terma, tenaga boleh diperbaharui dan pertukaran arang batu kepada cecair, semasa majlis penubuhan yang diadakan semalam.

    Ia ditubuhkan oleh penyusunan semula penghasilan tenaga China Guodian Corporation dan pelombong arang batu Shenhua Group.

    “Ia adalah penggabungan terbesar di kalangan SOEs dalam beberapa tahun ini,” kata Xiao Yaqing, pengerusi Suruhanjaya Penyeliaan dan Pentadbiran Aset milik kerajaan.

    Xiao menjangka perjanjian akan mempertingkatkan keuntungan korporat dan membantu menyelaras pasaran arang batu dan elektrik.

    Penggabungan adalah selaras dengan usaha negara untuk melaksanakan penyusunan semula dalam syarikat milik kerajaan. Dalam tempoh lima tahun lalu, 34 SOEs disusun semula untuk menambah daya saing, menurut Xiao.

    Jumlah SOEs telah berkurangan kepada separuh daripada 196 pada 2003.

    Qiao Baoping, pengerusi China Energy, berkata syarikat akan menumpukan perhatian terhadap perlombongan arang batu dan penghasilan tenaga, sementara berusaha lebih untuk menghapuskan kapasiti berlebihan dan memacunya ke peringkat global.

    China Energy menandatangani satu memorandum persefahaman dengan kerajaan Virginia Barat untuk bekerjasama mengenai usaha mencari gali gas syal pada awal bulan.

    Perjanjian itu, dengan jumlah pelaburan mencecah AS$83.7 bilion dalam 20 tahun, akan menjadi perjanjian koperasi tenaga terbesar di antara China dan Amerika Syarikat. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda