BEIRUT, 30 April – Gabungan Kurdish-Arab sedang mara ke atas kumpulan Islamic State di bandar utama Tabqa berhampiran kubu pejuang jihad Raqa di utara Syria, kata kumpulan pengawas hari ini.
Tentera Demokratik Syria kini mengawal sekurang-kurangnya 40 peratus daripada bandar Tabqa, dan lebih separuh daripada pusat bandar, Bandar Lama, kata pengawas Balai Cerap untuk Hak Asasi Manusia Syria.
Pengarah Balai Cerap Rami, Abdel Rahman berkata pertempuran berterusan di bandar pada pagi ini. SDF memasuki Tabqa pada Isnin sebagai sebahagian daripada serangan mereka ke atas Raqa, ibu negara de facto IS di Syria. – AFP
