Thursday, December 26, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabungan pameran seni yang menakjubkan

    BARU-BARU ini telah diadakan satu pameran yang julung-julung kali diadakan di mana menampilkan beberapa karya seni agung ikon terkenal Andy Warhol, Salvador Dali dan Alphonse Mucha yang mana kini dibukakan untuk kunjungan orang ramai di Istana Renaissance (White Unicorn) di Old Town Square, Prague.

    Pameran ini merupakan yang pertama diadakan di istana tersebut selepas sahaja pengubahsuaian istana berkenaan dilakukan dan dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

    Pameran seni kreatif ini menyajikan ikon pop-seni Amerika Syarikat, Andy Warhol dan juga beberapa koleksi unik karya kreatif yang dihasilkannya.

    Pameran gabungan yang jarang sekali diadakan itu menampilkan karya Warhol yang terkenal seperti Mao, lakaran-lakaran bunga, potret wajah Marilyn Monroe dan Sup Cambell kemudian diiringi dengan beberapa lakaran lukisan kreatif yang mempamerkan satu pemandangan yang indah dengan menggunakan cat serta sebuah replika sebuah kilang di mana Warhol sering menghabiskan masanya untuk melukis dan orang ramai juga berpeluang untuk mencuba motif skrin percetakan Warhol di pameran tersebut.

    Selain itu, beberapa buah buku yang dihasilkan oleh Andy Warhol dari tahun 1949 dan 1987 juga dipamerkan malah buku itu juga menerima sentuhan baru dan diterbitkan pada tahun 2008 oleh Paul Marv.

    Pameran ini merupakan yang pertama diadakan di istana tersebut selepas sahaja pengubahsuaian istana berkenaan dilakukan dan dibukakan untuk kunjungan orang ramai.

    Mesej di sebalik sebuah lukisan

    Manakala seorang lagi artis yang terkenal di mana karyanya juga dipamerkan dalam pameran itu, Salvador Dali adalah merupakan seorang seniman terkenal pada abad ke-20 dan kebanyakan karya-karya seninya dipengaruhi dengan aspek surrealism dan seolah-olah mempamerkan satu cita-cita dan impian.

    Pada tahun 1921, ketika Dali menyertai sekolah seni akademik Madrid, Academia de Sam Fernando, dan telah mengenali Luis Buvuel dan Federico Garcafal Lorca. Kebanyakan karya seni Dali memaparkan unsur-unsur futurism, metafizik dan juga kubisme.

    Pada tahun 1925, Dali merupakan artis seni pertama yang menerima penghormatan setelah satu pameran seni diadakan di Galeri Dalmau di Barcelona. Setahun kemudian, apabila Dali melawat Paris, dia telah bertemu dengan beberapa tokoh seni seperti Pablo Picasso dan diperkenalkan kepada artis-artis seni yang lain seperti Avant-Garde Paris.

    Dalam beberapa tempoh yang tertentu dalam hidup artis seni itu, Dali telah mula mengembangkan kriteria-kriteria kritikan secara spontan seperti yang dipaparkan dalam karya agungnya The Lugubrious Game (1929) dan The Persistence of Memory (1931).

    Dali turut menggunakan pelbagai simbol dalam karya-karya surealistiknya dan diterapkannya dalam lukisan malah melambangkan perhubungan masa sebagaimana yang telah diterangkan oleh Albert Einstein.

    Pameran ini juga menggambarkan asal usul satu idea bagi Dali dalam usahanya untuk melakar keju camembert yang mencair pada musim panas yang sangat membakar.

    Selain itu, simbol-simbol lain yang diperkenalkan oleh Dali seperti lukisan gajah namun berkaki langsing dan semut yang merangkak dan banyak lagi.

    Karya seni agung ikon terkenal Andy Warhol, Salvador Dali dan Alphonse Mucha yang mana kini dibukakan untuk kunjungan orang ramai di Istana Renaissance (White Unicorn) di Old Town Square, Prague.

    Pelukis poster dan pelukis dinding

    Selain pameran seni Salvador Dali, pameran itu turut menampilkan karya-karya seni hebat yang dihasilkan oleh artis seni yang terkenal dan pereka Art Cou Nouveau, Alfons Mucha.

    Dikenali sebagai seorang artis yang mementingkan perhiasan, Mucha dilahirkan di Invanfcice, Bohemia, ketika negara itu sebahagian daripada Empayar Austro-Hungaria, dan sedang berjuang untuk melawan dasar Jerman Habsburg untuk mengekalkan identitinya sendiri.

    Berlatarbelakangkan seorang yang tidak pernah mengenali seni, dia tidak pernah menduga dirinya akan menjadi seorang pelukis malah menjadi terkenal. Bakat melukis itu datang secara semula jadi apabila dia melihat beberapa karya seni dari Master Baroque Umlauf yang bekerja melukis sebuah lukisan dinding di sebuah bangunan.

    Mucha kemudiannya memasuki beberapa buah kelas lukisan di Akademi Seni di Prague dan ketikanya usianya 21 tahun, pada tahun 1881, dia telah menyertai Messrs Kautsky dan Brioschi, Burghardt untuk membuat satu lukisan pemandangan sebuah teater Vienna.

    Pada masa ini, dia telah melukis beberapa barisan pelakon, Sarah Bernhardt dan Sardau dan ketika dia tidak menyedari betapa pentingnya barisan pelakon itu dalam masyarakat ketika itu lantas lukisan dihasilkannya terus terkenal dan bakatnya semakin terserlah.

    Pencapaian Mucha yang membanggakan ialah sumbangannya kepada Charles Seignobos dan Scenes dalam satu episod lakaran seni untuk De Lahistoric Aoememagne.

    Mucha pada asalnya adalah perwakilan artis seni dan telah berjaya menghasilkan pelbagai lakaran poster terkenal seperti poster untuk Lorenzaccio, Monaco Monte-Carlo, Princess Hyacinth, Lithograph, Ilustrasi buku dan karya agung negara itu, The Slav Epic, termasuk 24 x 30 kanvas yang meliputi sejarah orang-orang Slavik dari zaman prasejarah hingga abad ke-19, yang telah diserahkan kepada bandar Prague pada tahun 1928. – SG

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda