Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabungan parti LDP-Komeito berjaya kekalkan majoriti di dewan

    TOKYO, 1 NOV – Gabungan Parti Demokratik Liberal (LDP) dan Komeito berjaya mengekalkan majoriti selesa di Dewan Rakyat berdasarkan keputusan akhir pilihan raya umum yang diadakan pada Ahad, lapor Xinhua hari ini.

    LDP yang diterajui Perdana Menteri Fumio Kishida, memperoleh 261 kerusi daripada  465 kerusi manakala sekutunya Komeito mendapat 32 kerusi.

    Sebelum ini LDP menguasai 276 kerusi, kehilangan beberapa kerusi kepada parti pembangkang, mencerminkan perdana menteri mungkin gagal mendapat sokongan kuat untuk dasarnya berkaitan COVID-19, ekonomi dan keselamatan negara.

    Kishida, berkata keputusan itu memberikannya “mandat berharga daripada rakyat” untuk terus memerintah. Mengenai kehilangan kerusi LDP, Kishida berkata pihaknya akan “menganalisis keputusan itu.”

    Parti pemerintah itu kehilangan beberapa kerusi berprofil tinggi. Menurut laporan Kyodo, Akira Amari, setiausaha agung LDP, dilaporkan akan meletakkan jawatannya berikutan kekalahannya. – Bernama

    Pegawai undi mengira undian akhir pilihan raya umum di Tokyo, Jepun. –AFP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda