Saturday, March 15, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabungan pimpinan Parti Move Forward tubuh jawatankuasa peralihan

    BANGKOK, 31 MEI – Gabungan pimpinan Parti Move Forward Thailand menubuhkan jawatankuasa peralihan sebagai persiapan untuk membentuk kerajaan baharu selepas kemenangan besar dalam pilihan raya 14 Mei.

    Pemimpin Move Forward  dan calon perdana menteri gabungan itu, Pita Limjaroenrat berkata wakil parti gabungan itu akan bersidang setiap minggu sehingga mereka secara rasmi mengambil alih kuasa.

    “Kerja kami berjalan lancar dan kami komited untuk bekerjasama dalam menyelesaikan masalah rakyat sebaik mungkin,” katanya pada Selasa.

    Beliau berkata pembahagian jawatan kabinet akan ditangani kemudian.

    Sementara itu, gabungan lapan parti tersebut juga mencapai persetujuan untuk membentuk tujuh kumpulan kerja yang bertujuan untuk menangani pelbagai isu termasuk elektrik, diesel dan harga tenaga, kemarau dan El Nino, pindaan perlembagaan, kebimbangan alam sekitar dan pencemaran PM2.5, ekonomi dan PKS serta isu berkaitan dadah.

    Kumpulan kerja akan mengadakan mesyuarat tetap untuk memberikan maklumat terkini kepada jawatankuasa peralihan.

    Mengenai kedudukan speaker dewan yang bertelagah secara terbuka dengan Move Forward dan Pheu Thai, Pita berkata ia akan diselesaikan secepat mungkin. – Bernama

    Pita Limjaroenrat semasa menjawab soalan yang diajukan oleh wartawan selepas menandatangani memorandum persefahaman bagi menubuhkan kerajaan campuran antara Parti Move Forward dan parti lain.- AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda