Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Gabungan ratu segala herba, raja buah Yuzu

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Per’l Yuzu, minuman terbaharu keluaran Syarikat Power Root Bhd, yang menggabungkan elemen pemakanan terbaik dari Korea Selatan dengan herba tradisional Melayu yang dipercayai diwarisi turun-temurun telah dilancarkan di Kuala Lumpur pada awal tahun ini.

    Jenama Per’l terkenal sebagai minuman yang berasaskan kacip Fatimah dan kini semakin berkembang dengan memperkenalkan Per’l Yuzu kepada orang ramai.

    Minuman tersebut merupakan gabungan antara buah Yuzu dan herba Kacip Fatimah serta kaya dengan khasiat dan kolagen.

    Pengerusi bersama Power Root, YAD Tengku Indera Pahlawan Diraja Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj berkata, “Kebanyakan rakyat Malaysia sudah mengetahui manfaat Kacip Fatimah dan kolagen di dalamnya dapat mengekalkan kecantikan dan kesihatan wanita tapi ramai juga yang masih belum mengenali rahsia kebaikan buah Yuzu ini.

    “Jika kacip Fatimah ialah ratu segala herba tradisional di Malaysia, buah Yuzu pula boleh dianggap sebagai raja segala buah di Korea,” tambahnya.

    Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj bersama duta Per’l Yuzu semasa majlis pelancaran tersebut.

    Pengerusi Bersama Power Root seterusnya menjelaskan, “Sebenarnya, buah Yuzu mempunyai khasiat vitamin C yang tiga kali ganda lebih daripada buah lemon, dan 10 kali ganda lebih banyak kalsium daripada buah epal.”

    Katanya lagi, “Walaupun buah Yuzu juga ditanam di negara China dan Jepun, buah Yuzu yang paling berkualiti datang dari Korea.”

    Setelah menjalankan kajian dan penilaian pasaran, Syarikat Power Root Sdn Bhd berjaya menghasilkan Per’l Yuzu.

    Ia adalah produk terbaharu di bawah jenama Per’l dan merupakan minuman-minuman berunsurkan kacip Fatimah pilihan utama dalam pasaran.

    Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj yakin bahawa Per’l Yuzu akan menarik perhatian segenap lapisan masyarakat Malaysia tanpa mengira bangsa, jantina dan umur serta memenuhi kehendak dan cita rasa mereka.

    Untuk mempromosikan minuman terbaru ini, Syarikat Power Root telah melantik penyanyi dan pelakon sensasi Jang Han Byul sebagai duta jenama Per’l Yuzu.

    Lebih dikenali sebagai Han Byul, beliau ialah seorang artis Korea Selatan yang semakin popular di Malaysia dan sering muncul dalam rancangan-rancangan tempatan, terutamanya di Astro Ria.

    Bintang Han Byul mula menyerlah apabila beliau muncul juara musim kedua program realiti, Big Stage, dengan lagu, Luka dan Bahagia, pada tahun 2019.

    “Kami memilih Han Byul kerana perwatakan dan personaliti beliau yang sesuai dengan konsep dan objektif syarikat kami dalam memperkenalkan Per’l Yuzu kepada masyarakat umum,” ujar Tengku Dato’ Setia Putra Alhaj.

    Syarikat Power Root akan menjalankan kempen iklan dan promosi secara besar-besaran selepas majlis pelancaran Per’l Yuzu.

    Iklan-iklan yang memaparkan Han Byul dengan Per’l Yuzu akan muncul dalam akhbar-akhbar utama, di kaca televisyen, melalui radio dan secara digital melalui Internet.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...