LONDON, 30 April – Rangkaian pasar raya kedua dan ketiga terbesar Britain iaitu Sainsbury’s dan Walmart, yang dimiliki Asda, telah bersetuju untuk bergabung, menurut kedua-dua pihak hari ini, menghasilkan raja runcit bernilai 13 bilion pound, yang mampu memintas Tesco.
Perjanjian luar biasa itu hadir ketika sektor runcit United Kingdom (UK) berdepan dengan margin keuntungan yang menipis disebabkan persaingan hebat dari Jerman, Aldi and Lidl, serta perniagaan dalam talian seperti Amazon dari Amerika Syarikat (AS).
Berita itu telah menyebabkan saham Sainsbury’s naik lebih daripada 20 peratus dalam perjanjian awal pada pasaran saham London, sementara Tesco pula jatuh sebanyak empat peratus kerana kebimbangan bahawa ia mungkin dipintas.
“Sainsbury’s dan Walmart Inc. dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka telah bersetuju dengan terma-terma yang berkaitan dengan cadangan gabungan Sainsbury’s dan Asda Group Limited, yang memiliki Walmart, untuk menghasilkan perniagaan yang lebih besar,” menurut satu kenyataan selepas mengesahkan mengenai adanya perbincangan hujung minggu lepas.

Urusan jual beli menilai Asda sebanyak 7.3 bilion pound. Pasaran saham Sainsbury’s kekal pada 5.9 bilion pound ketika perniagaan ditutup pada Jumaat lalu.
Walmart akan memiliki 42 peratus daripada gabungan perniagaan itu dan menerima 2.97 bilion berbentuk tunai, sementara Sainsbury’s akan memegang majoriti kepentingan.
“Ini adalah peluang transformasi untuk mencipta satu kuasa baru dalam runcit UK, yang mana akan lebih kompetitif dan memberikan para pelanggan lebih banyak apa yang mereka mahukan kini dan masa depan,” kata ketua eksekutif, Mike Coupe di Sainsbury’s.
Perjanjian itu masih memerlukan kelulusan daripada pengawal selia Autoriti Pasaran dan Persaingan Britain (CMA), di tengah-tengah kebimbangan mengenai impaknya pada pilihan pelanggan dan pekerjaan. – AFP