Monday, May 12, 2025
25.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gabungan unik teh Qimen dan haruman ros

    ANHUI – Dengan aroma unik dan warna keperangan dan kemerah-merahan, teh merah Qimen, juga dikenali sebagai teh merah Keemun berasal dari daerah Qimen di wilayah Anhui, China adalah teh unik beraroma harum.

    Teh itu mempunyai rasa yang lembut dan harum baunya, dengan perisa buah dan bunga serta aroma keasapan yang sering dibandingkan dengan bunga anggerik atau madu.

    Teh merah Qimen diperbuat daripada daun-daun pokok teh yang tumbuh di kawasan tersebut, yang mengalami pemprosesan khas.

    Daun-daun teh dipetik kemudian dikeringkan, digulung, dioksidasi dan dikeringkan semula untuk menghasilkan teh merah Qimen.

    Ia popular di China dan di peringkat antarabangsa. Ia biasanya digunakan sebagai asas untuk campuran teh sarapan pagi Inggeris dan dinikmati secara tersendiri.

    Teh merah Qimen dan ros Xinjiang sedap bila digabungkan bersama. – Sipa.com

    Teh ini boleh disediakan dengan air mendidih selama kira-kira tiga hingga empat minit untuk melepaskan sepenuhnya aromanya dan rasanya yang sedap.

    Dengan penambahan bunga ros kering, teh merah Qimen menjadi lebih istimewa dengan pengalaman rasa yang berbilang dimensi.

    Mengenai bunga ros, Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang di barat laut China mempunyai kepelbagaian bunga ros. Penduduk tempatan sering mengutip bunga ros liar segar pada bulan Mei dan Jun. Sementara beberapa bunga ros ini masih berbentuk kuncup dan biasanya dicampur dalam teh, yang lain sudah berkembang sepenuhnya dan digunakan untuk membuat jem.

    Kerana keadaan cuaca yang dominan di Xinjiang, bunga-bunga ini dapat dikeringkan secara semulajadi tanpa perlu menggunakan jentera tambahan. – ANN/China Daily

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda