Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Gadai diri kerana Ludo

    NEW DELHI, 8 DIS – Gara-gara ketagih bermain permainan Ludo, seorang wanita di India terpaksa menggadaikan dirinya kerana kehabisan wang untuk membayar wang taruhan kepada tuan rumahnya.

    Menurut laporan India Today, kejadian berlaku di kawasan Devkali, Nagar Kotwali, Uttar. Wanita tersebut yang hanya dikenali sebagai Renu, ketagih permainan Ludo dan sering bermain bersama tuan rumahnya.

    Dia bermain menggunakan wang yang dihantar suaminya yang bekerja di Jaipur Rajasthan. Namun satu hari, ketika bermain dan bertaruh dalam permainan itu, wanita itu telah mempertaruhkan dirinya kerana kehabisan kesemua wangnya.

    Dia menelefon suaminya dan menceritakan seluruh kejadian. Suaminya cuba menyelesaikan masalah dengan membuat laporan polis sebelum kejadian itu tular. Wanita itu kini menetap bersama tuan rumah mereka dan meninggalkan dua anaknya bersama suaminya.

    “Saya cuba membuatnya meninggalkan lelaki itu, tetapi dia belum ber-sedia,” kata suami wanita itu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...