PASIR PUTEH – Seorang gadis membuktikan perwatakan lembut bukan halangan memecah tembok dunia pekerjaan yang dimonopoli lelaki apabila berjaya mengusahakan tanah sawah di Kampung Lepah, di sini, seawal umur 18 tahun. Tidak seperti gadis lain yang seusianya, Siti Hajar Che Satar, 20, mempunyai keazaman yang sangat tinggi untuk bergelar petani wanita yang berjaya di negeri

