Saturday, October 5, 2024
26.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaduh: Pemuda ke mahkamah

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Sept – Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret, kelmarin, atas pertuduhan bergaduh di kawasan Jalan 83, Kampung Perpindahan Lambak Kanan.

    Tidak ada pengakuan direkodkan daripada Muhammad Rahmani bin Abdullah Johari, 18, yang didakwa melakukan kesalahan itu bersama lapan lagi rakannya yang masih bebas, antara jam 9 dan 10:07 malam pada 20 September 2018.

    Kes disiasat di bawah Seksyen 160 Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22 yang membawa hukuman penjara yang boleh dilanjutkan sehingga tiga tahun dan dengan denda.

    Timbalan Pendakwa Raya, Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali membuat permohonan untuk tertuduh ditahan reman bagi membantu siasatan.

    Majistret Hajah Noor Amalina binti Dato Paduka Haji Alaihuddin menetapkan 26 September untuk sebutan kes.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda