Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gagal bayar gaji amah sejak 2008, lelaki tempatan didenda

    Oleh Nour Maghfirah

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JUN – Seorang lelaki tempatan diperintah membayar denda keseluruhan $35,200 atau berdepan hukuman penjara 98 minggu oleh Mahkamah Majistret pada Khamis kerana gagal membayar gaji pembantu rumahnya sejak tahun 2008.

    Awang Aji bin Eya, 59, mengaku bersalah atas 98 pertuduhan di hadapan Majistret Syaffina binti Shahif pada 21 Mei lalu.

    Mahkamah mengenakan denda $200 bagi setiap 20 pertuduhan pertama, jika gagal membayar denda tersebut dikenakan hukuman penjara seminggu bagi setiap pertuduhan, dan denda $400 bagi setiap baki 78 pertuduhan, juga jika gagal dikenakan hukuman penjara seminggu bagi setiap pertuduhan.

    20 pertuduhan pertama dirangka mengikut Seksyen 108(1) Akta Buruh yang kini telah dimansuhkan, boleh dihukum di bawah Seksyen 120(b) dalam akta yang sama, bagi kesalahan yang dilakukan sebelum 3 September 2009. Baki 78 pertuduhan adalah di bawah Seksyen 39(1) Perintah Pekerjaan, membawa hukuman di bawah Seksyen 148 dalam perundangan yang sama.

    Kes itu membabitkan gaji pembantu rumah yang tidak membayar sejak 2008, yang mana pembantu rumah itu mula bekerja sejak 2000.

    Mahkamah, menggunakan Seksyen 130 Akta Buruh dan Seksyen 140 Perintah Pekerjaan, seterusnya memerintahkan supaya $20,433 denda dibayar kepada pembantu rumah, mewakili jumlah keseluruhan gaji yang belum dibayar.

    Defendan diberi masa sehingga 3 Februari 2026 untuk membuat pembayaran penuh, jika gagal, dia perlu menjalani hukuman penjara 98 minggu penjara.

    Envato

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda