Friday, July 18, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gagal bayar sewa rumah sampai kena halau

    Penyanyi asal Hong Kong iaitu Steven Cheung berkemungkinan terpaksa menjadi gelandangan disebabkan kegagalannya membayar sewa rumah.

    Menerusi satu hantaran yang dimuat naik oleh isterinya iaitu Au Man Man, keluarga mereka diminta untuk mengosongkan rumah dalam tempoh 14 hari selepas kontrak dibatalkan oleh pemilik.

    Malah dalam satu hantaran berbeza, Man Man juga berkongsi rasa sedih kerana sambutan ulang tahunnya kali ini diraikan dengan berita sebegitu, lapor mStar.

    “Ulang tahun saya kali ini satu pengakhiran. Kami hanya ada enam hari dan tiada yang berubah,” ujarnya.

    Difahamkan Steven menanggung hutang tunggakan sewa rumah sejak Mei lalu dan kelewatan tersebut menyebabkan pemilik mengambil tindakan tegas.

    Dia bersama isteri dan empat anak lelaki mereka juga tidak mampu untuk mencari rumah sewa baharu.

    Steven sebelum ini berdepan pelbagai kontroversi sehingga dia tidak lagi menerima tawaran menyanyi.

    Dia juga sukar untuk mendapatkan kerja tetap bagi menyara hidup keluarga. – Agensi

    Steven Cheung berhadapan masalah gagal membayar sewa rumah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda