Sunday, March 16, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gagal patuhi SOP, 25 pelajar kolej tidak dibenar pulang

    LABUAN, 28 APRIL – Seramai 25 pelajar Kolej Matrikulasi Labuan yang terkandas di kampus ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tidak dibenarkan keluar dari pulau bebas cukai itu untuk pulang ke kampung halaman mereka kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) pergerakan pelajar yang ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi.

    Pelajar itu, kebanyakannya perempuan, yang berasal dari Limbang, Sarawak dilihat turun dari bas kolej di Terminal Feri Antarabangsa Labuan di pusat bandar pada kira-kira 7 pagi ini, sebelum polis di terminal meminta mereka kembali semula ke kampus.

    Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Alam Labuan, Dr Fary Akmal Osman berkata pelajar berkenaan gagal mengemukakan bukti atau surat pelepasan daripada Balai Polis Labuan dan perjalanan pulang mereka melalui bot telah diuruskan secara peribadi.

    Katanya mereka sepatutnya menunggu SOP dan mereka mesti terlebih dahulu menjalani pemeriksaan kesihatan secara menyeluruh termasuk ujian swab sebelum dibenarkan pulang.

    “Labuan masih diklasifikasikan sebagai zon kuning COVID-19, dan kami masih menunggu SOP daripada kerajaan pusat.

    “Kami masih tidak pasti, sama ada kami boleh atau tidak boleh membenarkan pelajar yang berada di zon kuning untuk pulang ke kampung mereka yang mungkin berada di zon merah, kuning atau hijau,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda