Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gagal serah penyata cukai, syarikat berdepan denda dan penalti

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 NOV – Pada bulan Julai sehingga September 2025, sebanyak 30 buah syarikat tempatan telah diarahkan untuk membayar denda di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) iaitu gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi tiap-tiap Tahun Kewangan.

    Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi mengingatkan bahawa syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 adalah dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun bagi Tahun Taksiran yang berkenaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

    Jika sabit bersalah kerana gagal menghadapkannya, di samping dikehendaki untuk membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah, syarikat terbabit juga dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan yang tertunggak dan membayar Cukai Pendapatan yang tertunggak serta penalti yang dikenakan iaitu maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak, jika ada.

    Gambar Pexels
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda