Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Gagasan Rakyat Labuan peduli kebajikan pesakit terlantar

    LABUAN, 31 MAC – Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Labuan memperhebatkan usaha mendekati masyarakat dengan melancarkan inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) kedua yang memfokuskan kepada pesakit terlantar akibat penyakit kronik.

    Ketua Bahagiannya, Rosli Awang Damit, berkata inisiatif itu bertujuan memberi sokongan kepada anggota masyarakat paling terdedah bermula semalam dan diteruskan sehingga hari ini.

    “Kita telah melawat 13 pesakit terlantar di beberapa kampung, kebanyakannya menghidap penyakit kronik, ibu tunggal dan individu kurang upaya.

    “Semasa lawatan, kita telah mengagihkan bakul makanan dan menyediakan bantuan kewangan kepada penerima, bertujuan untuk membawa kegembiraan dan sokongan sepanjang bulan Ramadan,” katanya kepada Bernama. – Bernama

    Gambar fail Rosli semasa berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Tahunan PGRS Bahagian Labuan pada 31 Oktober. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...