Sunday, November 10, 2024
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gajah bergading berjaya ditangkap

    IDUKKI, INDIA, 30 APRIL – Pegawai hutan India berjaya menangkap seekor gajah liar bergading yang telah membunuh kira-kira enam orang, lapor media.

    Gajah jantan itu telah digelar Arikomban atau ‘gajah bergading beras’ disebabkan ia telah menyerbu kedai-kedai beras dan bijirin di negeri selatan Kerala.

    Kelmarin, sepasukan 150 pegawai hutan menangkap gajah itu, yang bertindak balas ganas walaupun ditembak menggunakan lima ubat pelali, lapor akhbar Indian Express.

    Dengan kaki diikat dan matanya ditutup dengan kain, ia akhirnya ditolak dan didorong oleh empat ekor gajah kumki – gajah terlatih yang digunakan untuk menangkap yang lain ke dalam trak.

    Ia kemudiannya dipasang dengan kolar GPS dan dibawa ke rizab hidupan liar.

    Ini bukan kali pertama pegawai cuba menangkap gajah tersebut, dipercayai berusia sekitar 30 tahun.

    Arikomban pernah ditembak menggunakan penenang pada 2017, namun ia berjaya melarikan diri. – AFP

    Gambar bertarikh 29 April menunjukkan pegawai perhutanan memindahkan Arikomban ke daerah Idukki, Kerala, India. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda