Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Gajah mati akibat gangguan anjing

    ST. LOUIS, 19 OKT – Seekor gajah betina Asia di Zoo St. Louis mati sejurus selepas kawanannya menjadi gelisah akibat seekor anak anjing yang lari tidak tentu arah, kata pegawai zoo.

    Rani (dibaca Rahn-ee) mati pada Jumaat lalu pada usia 27 tahun. Zoo mengumumkan kematiannya pada Selasa.

    “Kami benar-benar hancur. Kami memohon sokongan masyarakat pada masa yang sukar ini,” kata Pengarah Zoo, Michael Macek, dalam satu kenyataan. ‘Pasukan pakar penjagaan haiwan profesional kami melakukan segala yang mungkin, tetapi kami tidak dapat menyelamatkan Rani’.

    Seekor anak anjing, terlepas dan sesat dilihat berlari-lari di kawasan persendirian berhampiran Elephant Barn pada Jumaat petang. Pekerja penjagaan gajah cuba mengawal anjing itu, tetapi seekor gajah di luar bangunan tersebut menjadi gelisah dan dipindahkan ke dalam, kata zoo tersebut.

    Rani sudah berada di dalam bangunan tersebut, sedang makan dan tidak melihat anjing itu. Tetapi ahli pasukan penjagaan gajah ‘memerhatikan Rani menjadi gelisah sebagai tindak balas kepada bunyi bising dari kumpulan gajah lain.

    “Mereka melihat Rani berpusing dan bersuara, semuanya dalam jangka masa yang sangat singkat, sebelum rebah,” kata kenyataan zoo tersebut.

    Percubaan untuk menghidupkan semula gajah itu tidak berjaya. Sebahagian kumpulan gajah tersebut tenang dengan cepat, kata zoo tersebut. – AP

    Rani mati pada usia 27 tahun pada 13 Oktober. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...