Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Gajah putih dilahirkan di Myanmar

    YANGON, 3 OGOS – Seekor gajah putih yang jarang ditemui telah dilahirkan di barat Myanmar, lapor media tempatan, mendedahkan bahawa bagi kebanyakan negara majoriti Buddha percaya bahawa haiwan itu membawa tuah.

    Gajah tersebut lahir bulan lalu di wilayah barat Rakhine dengan barat kira-kira 80 kilogram dan ketinggian dua setengah kaki, menurut laporan suratkhabar Global New Light Myanmar.

    Rakaman yang dikeluarkan oleh saluran televisyen tempatan menunjukkan anak gajah tersebut mengikuti ibunya ke sungai dan dimandikan oleh penjaganya yang kemudian memberi anak gajah itu makan.

    Ibu gajah berusia 33 tahun itu dikenali sebagai Zar Nan Hla dan di jaga oleh Myanma Timber Enterprise, menurut Global New Light, dan menambah bahawa gajah putih tersebut memiliki tujuh daripada lapan ciri-ciri yang dikaitkan dengan gajah putih.

    “Mata berwarna putih seperti mutiara, tubuh badan belakang berbentuk dahan pisang, berbulu putih, bentuk ekor tersendiri, tanda tuah pada kulit, lima kuku di kaki hadapan dan empat kaki di belakang serta bertelinga besar,” lapor akhbar tersebut.

    Pengguna media sosial sudah menyiarkan berita mengenai kelahiran anak gajah putih sejak akhir bulan lalu yang belum diberikan nama.

    Dari sudut sejarah, gajah putih dianggap membawa tuah dalam budaya Asia Tenggara dan pemerintah purba di rantau ini akan memelihara dan membiak seberapa banyak gajah putih yang boleh kerana mereka percaya hal itu akan menambah kekayaan mereka.

    Menurut laporan media setempat, kini terdapat enam gajah putih yang dipelihara di ibu kota yang dibina tentera Naypyidaw, kebanyakannya dari negeri Rakhine dan wilayah selatan Ayeyarwady. – AFP

    Gambar anak gajah yang dikeluarkan oleh Pasukan Penerangan Tentera Myanmar pada 2 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...