KOTA KINABALU, 30 SEPT – Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lepas, sebagai satu pembunuhan kejam dan hasil bedah siasat mendapati lebih kurang 70 peluru ditemukan dalam badan haiwan itu.
Pengarah JHL Sabah Augustine Tuuga berkata banyak peluru ditemukan dalam badan gajah betina itu sekali gus memberi bayangan keadaan gajah tersebut bertarung menahan kesakitan akibat terkena tembakan senjata api.
“Banyak peluru ada di badan gajah itu dan kita boleh bayangkan keadaan gajah waktu kena tembak… dalam keadaan kesakitan tetapi mungkin tidak mati dan mungkin sebab itu banyak tembakan dibuat (pemburu haram),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini. – Bernama