Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gajah sejukkan badan di tangki lut sinar

    SUSONO, JEPUN, 8 OGOS – Dengan menggerakkan kaki gemuknya dan menggunakan belalai sebagai snorkel, gajah-gajah di Taman Safari Fuji di Jepun berenang di kolam renang musim panas – dengan setiap pergerakan yang anggun dapat dilihat menerusi tangki tembus khas.

    Pengunjung sering terkejut apabila mendapati gajah boleh berenang, tetapi haiwan bertubuh besar itu sangat pandai melakukannya, kata pengurus zoo Daisuke Takeuchi kepada AFP hari ini.

    Enam ekor gajah Asia di taman itu berenang setiap hari pada bulan-bulan musim panas, kadangkala memasuki terusan sepanjang 65 meter – panjang lima bas yang diletakkan dalam satu barisan – bersama-sama.

    “Terutama pada hari panas, gajah-gajah tidak sabar untuk masuk ke dalam air, jadi apabila air sudah siap, haiwan-haiwan itu bergegas masuk dengan penuh semangat dan memercik,” kata Takeuchi.

    Taman itu, dengan pemandangan Gunung Fuji di tengah Jepun, memasang kolam dengan sisi lutsinar pada 2015, dan penjaga gajah dari Laos membersihkannya dan menukar air setiap hari.

    Musim panas terik Jepun semakin panas, dan bulan lalu negara itu mencatatkan bulan Julai paling panas sejak rekod bermula.

    Untuk menyejukkan badan dalam keadaan panas, gajah-gajah menyembur air pada badan dan mengepakkan telinga besar seperti kipas, jadi tujuan utama mandi adalah untuk membuang parasit dan kotoran dari kulit. – AFP

    Seekor gajah Asia berenang di dalam kolam dengan sisi lut sinar di Taman Safari Fuji di bandar Susono, Wilayah Shizuoka, kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda