TEKNAF, BANGLADESH, 30 JUN – Dua ekor gajah telah diselamatkan hari ini selepas menyeberang dari Myanmar ke Bangladesh, kemudian terkandas di sebuah pantai dan hampir mati di laut.
Terasing dari kawanan lain, gajah betina dan jantan itu meredah sungai sempadan pada Sabtu, kata para pegawai.
Kedua-dua gajah itu kemudian dibawa ke pantai oleh penduduk tempatan yang masih lagi takut selepas tragedi sebelumnya orang terbunuh akibat gajah, kata Fazlul Haque, anggota perbandaran Teknaf kepada AFP.
Terkandas di pantai selama empat hari tanpa makanan dan telah menarik ribuan pengunjung, gajah itu berenang ke Teluk Benggala dalam keadaan panik kelmarin.
Nelayan terpaksa melakukan penyelamatan dramatik menggunakan bot dan tali untuk membawa ia balik semula ke pesisir.
Hari ini, kedua-duanya telah dibawa ke daratan, kata Ketua Jabatan Perhutanan Serantau, Humayun Kabir kepada AFP. – AFP