Friday, March 14, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gajet, hiburan dan perayaan

    HIBURAN dan perayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Apabila Hari Raya ini, siaran di televisyen berpusu-pusu memenuhi tentatif. Habis satu cerita, satu lagi pula cerita yang menarik.

    Sampaikan penonton sukar memilih. Seronoklah jika berkumpul berama-ramai di depan skrin TV menonton rancangan yang disediakan. Bagi yang melanggan siaran berbayar, mungkin siaran yang ditawarkan lebih menarik.

    Jika tidak menonton pun, telefon pintar sukar berenggang daripada tangan. Kemas kini status Facebook dan memuat naik foto tentang Raya di Instagram. Kebiasaan ini bukanlah berlaku kepada semua dan bukanlah bermaksud tindakan itu salah sama sekali.

    Penapis hiburan terlarang

    Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam hadir ke majlis perkahwinan Rubaiyi’ binti Mu’awwiz. Kemudian Baginda duduk di tempat duduk seperti orang lain. Beberapa orang gadis memukul kompang dan menyanyikan lagu sedih yang mengenangkan bapa mereka yang syahid semasa perang Badar.

    Salah seorang daripada mereka berkata: “Di sisi kami ada Nabi yang mengetahui apa yang akan berlaku pada hari esok.” Baginda berkata: “Jangan engkau katakan begitu, katakan apa yang engkau katakan sebelum itu.” (Riwayat Al-Bukhari)

    Peristiwa di atas memberitahu kita bahawa Nabi tidak menghalang hiburan secara total. Tetapi Baginda hanya menegur ungkapan yang salah kerana hanya Allah mengetahui apa yang akan berlaku pada esok hari.

    Rasulullah seolah-olah bertindak sebagai penapis hiburan menerangkan secara jelas yang mana betul dan yang mana salah. Baginda tidak menghalang terus daripada berhibur, sebaliknya meraikan tuan rumah dengan menghadiri majlis yang ada hiburan di dalamnya. Jadi, tidak salahkan berhibur?

    Hiburan yang hakikatnya boleh menenangkan hati, melapangkan fikiran serta memudahkan komunikasi menjadi sesuatu yang menggusarkan hati dan merenggangkan hubungan.
    Hiburan yang hakikatnya boleh menenangkan hati, melapangkan fikiran serta memudahkan komunikasi menjadi sesuatu yang menggusarkan hati dan merenggangkan hubungan.
    Hiburan dan perayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Apabila Hari Raya ini, siaran di televisyen berpusu-pusu memenuhi tentatif. Habis satu cerita, satu lagi pula cerita yang menarik.
    Hiburan dan perayaan adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan. Apabila Hari Raya ini, siaran di televisyen berpusu-pusu memenuhi tentatif. Habis satu cerita, satu lagi pula cerita yang menarik.
    Janganlah kita sibuk dengan gajet. Lebihkan masa bersama keluarga. Bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan pada Hari Raya ini.
    Janganlah kita sibuk dengan gajet. Lebihkan masa bersama keluarga. Bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan pada Hari Raya ini.

    Usah berlebihan

    Televisyen, Internet, telefon pintar dan segala jenis gajet yang kita miliki merupakan salah satu bentuk hiburan. Hiburan boleh membuatkan kita lupa seketika dengan masalah yang dilalui dalam dunia sebenar.

    Orang mencari hiburan untuk menenangkan fikiran. Ia ibarat gula dalam minuman. Diperlukan, namun harus berhati-hati supaya kuantitinya tidak terlalu berlebihan. Nanti, ia bukan menjadi penawar, tetapi ‘penyakit’ yang akan menambahkan lagi masalah sedia ada.

    Hiburan yang hakikatnya boleh menenangkan hati, melapangkan fikiran serta memudahkan komunikasi menjadi sesuatu yang menggusarkan hati dan merenggangkan hubungan.

    Dari situ, timbul persoalan hiburan bagaimana yang seharusnya diambil? Bagaimana pula menggunakan gajet yang kita ada supaya ia tidak menjadi racun ketika kemeriahan Syawal? Di sini dicadangkan beberapa jawapan menerusi tip BYB di bawah ini.

    Tip biasakan yang betul (BYB)

    Yang salah: Leka dengan gajet sehingga tidak prihatin dengan orang di sekeliling.

    Sebetulnya: Kongsi maklumat yang diperoleh melalui gajet bersama keluarga.

    Yang salah: Asyik dengan gajet sehingga membuang masa.

    Sebetulnya: Letakkan, pilih mod senyap atau matikan gajet apabila tiada apa-apa keperluan.

    Yang salah: Guna gajet semberono tanpa memanfaatkan teknologi.

    Sebetulnya: Hantar mesej Raya atau tazkirah sebagai ingatan dan pengganti diri.

    Yang salah: Miliki gajet canggih tetapi ibu bapa sendiri ketinggalan kerana tidak celik teknologi.

    Sebetulnya: Ajar ibu bapa sedikit sebanyak tentang tek-nologi telefon pintar supaya mereka mengikuti arus teknologi. Secara tidak langsung boleh memantau anak-anak remaja mereka di laman sosial.

    Yang salah: Sibuk dengan gajet sehingga tidak membuat persiapan akhir Ramadan dan awal Syawal.

    Sebetulnya: Lebihkan masa bersama keluarga. Bukan mudah untuk berkumpul beramai-ramai seperti yang biasa dilakukan pada Hari Raya. Dahulukan hubungan dengan Allah, jangan cacatkannya dengan kecanggihan teknologi.

    Gajet serba guna

    Kita sudah jelas bahawa tiada salahnya memiliki gajet dan menggunakannya pada jalan yang betul. Namun, menjadi ralat apabila gajet disalahgunakan atau meggunakannya tidak sesuai dengan masa. Dua kesan paling berpengaruh apabila perkara di atas berlaku iaitu pembaziran masa dan hubungan kekeluargaan renggang.

    Mari kita soroti amalan golongan salaf yang bijak mengurus masa. Masa mereka digunakan untuk empat perkara; mempelajari ilmu, beramal soleh, membantu orang lain dan membaiki diri.

    Mereka tidak pernah mensia-siakan masa hanya kerana khayal dengan cinta belum halal atau sibuk bermain permainan komputer. Masa ibarat umur bagi mereka. Berlalunya masa, bermakna umur mereka semakin singkat.

    Baik, sekarang kita jadikan perkara di atas sebagai asas dalam kita melalui detik masa kita. Kita punya gajet bukan? Bolehkah gajet kita tersebut digunakan untuk tujuan yang disebutkan di atas, khususnya ketika menyambut Hari Raya?

    Katakan telefon pintar kita mempunyai aplikasi Al-Quran yang boleh kita baca beberapa minit jika ingin berehat-rehat sebentar sementara menunggu tetamu datang beraya. Ataupun, tablet kita mempunyai aplikasi GPS sehingga boleh digunakan apabila kita dan keluarga tersesat semasa ingin mengunjungi saudara-mara.

    Bukankah itu termasuk dalam beramal soleh juga membantu orang lain. Nah, sekarang apa lagi yang kita boleh gunakan dengan gajet yang kita miliki?

    Jadi bertakwa usai Ramadan

    Syawal ialah bulan untuk melahirkan kemenangan setelah kita berjuang dan menjadi mujahid semasa Ramadan. Justeru, apalah ertinya Syawal andai ia ‘diraikan’ hanya sekadar gajet?

    Walhal akhlak seorang tetamu yang keluar dari pintu Ramadan seharusnya lebih baik daripada sebelum dia menginjakkan kaki ke pintu masuk Ramadan. Akhlak yang menyebabkan mereka menyantuni keluarga, saudara-mara dan kawan-kawan serta orang lain lebih daripada ‘menyantuni’ gajet yang meskipun canggih ketika memasuki bulan Syawal. Allah Subhanahu Wataala berfirman, maksudnya:

    “Diwajibkan kamu berpuasa sebagaimana orang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.” (Surah Al-Baqarah, ayat 183)

    Seharusnya, inilah kesan tarbiah Ramadan. Benarkan, yang melayani tetamu itu termasuk dalam golongan yang bertakwa? Mari, kita jadi bijak seperti Nabi; bijak menapis hiburan dan bijak ketika menggunakan gajet yang dimiliki, sama ada daripada dipengaruhi oleh orang lain atau nafsu sendiri. Semoga kita berjaya!

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda