Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Gaji Hanse (Victon) RM175 selepas seminggu promosi lagu

    Siapa sangka di sebalik gemerlapan dan populariti diraih penyanyi kpop di seluruh dunia, ada banyak penindasan yang berlaku tanpa diketahui peminat.

    Anggota Victon iaitu Hanse berkata mereka pernah mendapat pulangan sebanyak RM175 selepas seminggu bekerja keras melakukan promosi album kumpulan tersebut menerusi sebuah program televisyen.

    Kata Hanse walaupun program berkenaan memberi impak kepada karier mereka namun pulangan yang diterima sangat menyedihkan.

    “Dapat melakukan persembahan menerusi program televisyen memang cara promosi berkesan tetapi pulangannya tidak seperti disangka peminat.

    “Seminggu buat promosi memerlukan kos sebanyak RM35,000 tetapi pulang pula hanya sebanyak RM175 sahaja,” dedahnya.

    Hanse berkongsi perkara itu ketika menjawab soalan peminat menerusi platform Bubble.

    Dalam pada itu, Hanse berkata, kos membuat kemunculan dalam program berkenaan tidak termasuk dengan kos lain termasuk pentas, pakaian dan petugas yang mengiringi persembahan mereka.

    Kata Hanse, biasanya mereka akan mengeluarkan kos sebanyak RM60,000 bagi memastikan mereka nampak gah di mata peminat. – Agensi

    Bukan mudah Victon mahu mencipta nama sebagai artis kpop. – Wikipedia
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda